Astaghfirullah ... Inilah 5 Kelalaian Yang Sering Dilakukan Isteri Setiap Hari. Adakah anda Juga Melakukannya?

Tidak diragukan bahawa isteri solehah adalah termasuk kenikmatan dunia yang terindah disamping sebagai tanda kebahagiaan sebuah keluarga. Kesolehan isteri tidak hanya diukur dari ibadahnya kepada Allah, akan tetapi juga dipengaruhi bagaimana muamalah dia terhadap orang lain, terutama suaminya.

Dalam rangka menggapai keshalihan, seorang isteri hendaknya mewaspadai berbagai kelalaian yang sering menjangkit para istri, baik kelalaian dalam hal ibadah ataupun kelalaian dalam hal muamalah pergaulannya terhadap orang lain. Berikut ini akan kami sampaikan sebahagian kelalaian isteri yang sering didapati di masyarakat kita, semoga para isteri boleh menghindarinya, dan para suami boleh memberi nasihat yang baik kepada isterinya jika mendapati sebahagian darinya.


Shalat merupakan ibadah yang paling utama. Allah menempatkannya dalam kedudukan kedua selepas dua kalimah syahadah dalam rukun Islam, yang menunjukkan besar dan agungnya kedudukan solat di sisi Allah. Ibadah yang demikian agungnya ini tentu sudah sepantasnya mendapat perhatian yang besar pula.

Sebagai seorang wanita, sudah dimaklumi bahawa solat terbaik baginya adalah di rumahnya, dan dia tidak wajib melaksanakan solat berjamaah sebagaimana kaum laki-laki. Keringanan yang Allah berikan bagi mereka ini tentu bukan bertujuan agar mereka meremehkan masalah solat. Oleh kerana itu, meski mereka melaksanakan solat wajibnya di rumah, mereka tetap perlu berusaha melaksanakannya di awal waktu, tidak menunda-nundanya.

Ketika Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang amalan apa yang paling utama, Rasulullah shallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Solat di awal waktunya" 

Dan ini tentu saja memerlukan pengaturan masa yang sebaik-baiknya oleh para isteri di rumah mereka. Kerja sama suami, tentu sangat diharapkan untuk dapat mewujudkan keutamaan yang mulia ini. Para suami hendaknya senantiasa memperhatikan istrinya, mengingat dan memerintahkannya untuk segera solat jika memang belum solat, dan membantu pekerjaan-pekerjaan yang mungkin menghalangnya untuk melaksanakan solat di awal waktunya.


Ini adalah satu perkara yang sangat sering dilalaikan oleh kaum muslimah di masyarakat kita. Sangat banyak sekali wanita-wanita muslimah yang membuka aurat bahkan berhias dengan moleknya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram-nya. Kaum muslimah yang sudah menutup aurat pun di antara mereka ada yang masih meremehkan jika ada sebahagian auratnya yang tersingkap, seperti lengan, betis, atau yang lain.

Entah kerana masih belum jelas mereka, atau kerana mengikuti trend mode berpakaian, atau karena  hal lain, yang jelas hal ini merupakan kelalaian yang seharusnya diperbaiki. Allah berfirman,

"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "(Al-Ahzab: 59)

Dari ayat tersebut kita mengetahui bahawa pakaian muslimah yang menutup aurat bukanlah adat orang Arab, sebagaimana sangkaan sebahagian orang, akan tetapi itu adalah perintah Allah kepada para wanita muslimah. Bahkan pakaian yang menutup aurat ini Allah perintahkan untuk membezakan para wanita muslimah dengan wanita-wanita jahiliyah, yang ini tentu menunjukkan bahawa adat wanita jahiliyah baik dari kalangan Arab ataupun non Arab adalah membuka aurat mereka.

Dan masih berkaitan dengan masalah pakaian dan penampilan isteri, ada satu perkara yang sering dilalaikan oleh para isteri terhadap suaminya, yaitu berhias di hadapan suami. Yang sering terjadi malah sebaliknya, isteri berhias ketika akan keluar rumah bertemu dengan orang lain, akan tetapi ketika di rumah dia lalai menghias diri. Hal seperti ini walaupun mungkin dianggap remeh, akan tetapi ini sangat mempengaruhi keharmonian rumah tangga.


Ini termasuk salah satu kebiasaan buruk para isteri yang berbahaya.Apabila ada kesempatan berkumpul dengan sesamanya, tidak jarang mereka membicarakan keburukan-keburukan orang lain. Padahal mengumpat, yang dalam istilah syariat disebut ghibah, adalah perkara yang sangat buruk. Saking buruknya, Allah memperumpamakan ghibah dengan memakan daging saudara kita yang telah menjadi bangkai. Allah berfirman,

"Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? "(Al-Hujurat: 12)

Barangkali ada di antara mereka yang berkata, apa yang "diobrolkan" itu memang benar ada pada orang tersebut, bukan fitnah, apakah masih juga tercela? Maka ketahuilah bahawa itulah hakikat dari ghibah (menggunjing) yang sebenarnya. Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kalian apa itu ghibah?"

Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Maka Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam menjelaskan, "(Ghibah adalah) kamu menyebut tentang saudaramu dengan sesuatu yang dia benci." Lalu ada seseorang yang bertanya, "Bagaimana jika apa yang aku katakan itu benar ada pada orang itu? "maka Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda," jika memang ada pada orang itu maka kamu berarti telah mengghibahnya, namun jika tidak ada pada orang itu bermakna kamu berdusta tentangnya. "2


Dalam salah satu ayat Allah berfirman,

"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik," (al-Ahzab: 32)

Ayat ini mengandungi adab yang Allah perintahkan kepada para isteri Nabi shallalahu 'alaihi wa sallam dan para wanita umat ini mengikut kepada mereka dalam hal ini. 3 Sehingga adab yang Allah perintahkan ini bukan hanya berlaku bagi para isteri Nabi shallalahu 'alaihi wa sallam, tetapi juga bagi para wanita umat ini.

Dalam ayat tersebut Allah menerangkan adab bercakap seorang wanita, agar tidak melembutkan ucapan jika berbicara dengan lawan jenis, kerana hal itu boleh menimbulkan fitnah (godaan) bagi para lelaki sehingga timbul keinginan buruk mereka, maka terjadilah bencana.

Dan di zaman teknologi seperti sekarang ini, ngobrol menjadi sesuatu perkara yang sangat mudah dengan pelbagai saranannya, di antaranya adalah facebook dan yang seumpamanya. Meski barangkali bual itu hanya berbentuk tulisan, akan tetapi fitnah (bencana) yang ditimbulkan tidak kalah berbahaya daripada berbual secara langsung. Bahkan banyak bencana sosial yang bermula dari perbualan dalam facebook dan seumpamanya. Maka ini adalah salah satu perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh para isteri dan juga para suami, dalam rangka menjaga diri dan keluarga daripada azab api neraka.

Akan tetapi ini bukan berarti haram sama sekali berbicara dengan lawan jenis. Hal ini dibolehkan jika memang benar ada keperluan untuk itu, namun harus tetap memperhatikan adab dalam berbicara dengan lawan jenis; berbicara seperlunya dan tidak melembut-lembutkan perkataan.


Dalam salah satu hadis Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Aku diperlihatkan neraka, dan ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita, kerana mereka berbuat kufur." ​​Ada yang bertanya, apakah mereka kufur kepada Allah? Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Mereka kufur kepada suami, mereka kufur kepada kebaikan suami, jika kamu (suami) berbuat baik kepada salah seorang dari mereka setiap masa, kemudian dia melihat sesuatu (keburukan) darimu, dia akan berkata, aku tidak pernah melihat satu kebaikan pun darimu. "4

Sikap seperti ini secara tidak langsung bermakna dia tidak bersyukur kepada Allah, kerana Rasulullah juga bersabda,

"Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah." 

Demikian sebahagian daripada kelalaian para isteri yang sering dianggap remeh. Sebenarnya, masih banyak hal lain yang mungkin dianggap remeh oleh para isteri yang hakikatnya termasuk kecuaian mereka, hanya saja sebagiaan ini mudah-mudahan menjadi pengingat kita untuk lebih memperbaiki diri. 
Sumber: www.Jilbab.or.id

Suka dengan ini?
|

loading...